headersls

Username

 

Password

Belum ada akaun affiliate? Daftar percuma, di sini

 

PENGENALAN

 

AA TRAVEL & TOURS bermula 27 Februari 2012 telah mengambil alih TabungUmrah.com dan segala urusan pentadbirannya

AA TRAVEL & TOURS bertindak sebagai ejen pemasaran bagi Baucer Pakej Umrah & Baucer Kembara Angkasawan Negara ke China bersama Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor.

Syarikat telah melantik Ustaz Zamri Bin Ahmad sebagai Penasihat Syariah berkelulusan sebuah Universiti di Riyadh Arab Saudi ( THE ISLAMIC UNIVERSITY OF IMAN MUHAMAD IBD SAUD SAUDI ARABIA ) selama 4 tahun, BA di Universiti Islam Antarabangsa, MA di Universiti Kebangsaan Malaysia dan kini sedang mengambil PHD di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Perkara-perkara penting mengenai Program TabungUmrah.com

  • AA TRAVEL & TOURS menjual baucer Pakej Umrah yang dibeli dari mana-mana Agensi-agensi Pelancongan yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan Malaysia. (Pihak AA TRAVEL & TOURS tidak menjalankan usahasama dengan mana-mana Agensi Pelancongan, hanya membeli baucer Pakej Umrah dari mana-mana Agensi Pelancongan)

  • Ianya langsung tidak ada mengamalkan konsep “Multi Level Marketing” atau MLM.

  • Ianya dijalankan mengikut syariat Islam dan langsung tidak bercanggah dengan mana-mana hukum syarak. Program ini juga menepati “Syariah Compliance”.

SELAMAT DATANG KE
"Seminar Fenomena Usahawan- SIFU 2012"
(Kami menjemput semua ahli TabungUmrah.com
atau bakal ahli TabungUmrah.com)

26 FEB 2012- DE PALMA , AMPANG
24 MAC 2012-ROYAL BINTANG HOTEL, SEREMBAN
07 APRIL 2012-GRAND DOSERT, LABUAN
21 APRIL 2012-KING PARK HOTEL, TAWAU SABAH
22 APRIL 2012-HYATT, KOTA KINABALU
29 APRIL 2012-HILTON, KUCHING
GRAND RIVER VIEW HOTEL, KOTA BAHRU (Tarikh akan dimaklumkan kemudian)

Bersama SIFU anda-DR AZMI ( Duta Rasmi Tabung Umrah )
"MENGUPAS, MEMBONGKAR DAN MEMBAKAR SEMANGAT KEUSAHAWANAN MUSLIM"

MENGAPA ANDA WAJIB MENYERTAINYA :

  1. Menambah ILMU dan Strategi Perniagaan dari SIFU anda yang telah membimbing lebih daripada 100,000 peserta seminar
  2. Mengetahui bagaimana menambah pendapatan sehingga RM10,000 sebulan walau dilakukan secara 'part-time'
  3. Mengetahui kenapa usaha JIHAD EKONOMI Muslim membimbing kita ke syurga ALLAH-"KAYA DI DUNIA dan KAYA DI AKHIRAT"

Tiket Seminar :

  • KUMPULAN 1 : RM 777 (Bukan Ahli www.tabungumrah.com)
  • KUMPULAN 2 : RM 177 (Ahli www.tabungumrah.com/drazmi)
  • KUMPULAN 3 : RM 178 (Ahli www.tabungumrah.com/? )

Daftar NAMA/NO IC/LOKASI IBU NEGERI PILIHAN ke 019-533 9945

Ibadah Umrah

Umrah merupakan haji kecil, perbedaannya dengan haji adalah dalam umrah tidak melakukan jumrah, wukuf dan mabit. Selain daripada itu dilakukan dalam ibadah umrah.

Umrah menurut bahasa ertinya berkunjung atau ziarah, sedangkan menurut agama ialah Mengunjungi Baitullah dengan niat ibadah dengan cara tertentu dan dapat dikerjakan dalam waktu Haji maupun diluar musim Haji dan disebut Haji Kecil. Umrah dilakukan dengan ihram dari Miqat, kemudian Tawaf, Sa’I dan diakhiri dengan Tahallul (Gunting Rambut) dan terlepas dari Larangan Ihram.

Hukum ibadah umrah adalah wajib sekali seumur hidup bagi yang mampu, dan dibolehkan untuk melaksanakan Umrah walaupun belum melaksanakan Haji.



Allah berfirman yang artinya:
“Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah karena Allah” (Al Qur’an Surat 2 Al Baqarah ayat 196)

Bagi yang mampu melakukan umrah berkali-kali itu lebih baik lagi, “Dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah s.a.w telah bersabda Umrah ke Umrah berikutnya adalah penebus dosa diantara keduanya (HR. Bukhari & Muslim)”

AA TRAVEL & TOURS Berhad menjual baucer Pakej Umrah yang dikeluarkan oleh panel agensi-agensi pelancongan yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan Malaysia. Terdapat tiga (3) jenis baucer yang menawarkan pakej-pakej berikut :

  • Baucer Umrah Madinah 4 hari 3 malam (Ground-package) :
    Penginapan di Hotel Rose Taibah, Hotel Dallah atau Hotel Mubbarak (quad-room basis) termasuk makan-minum
  •  Baucer Umrah Mekah 8 hari 7 malam (Full-board) :
    1. Penginapan di Hotel Knooz atau Al-Wasit (quad-room basis) termasuk
        makan-minum
    2. Satu (1) tiket penerbangan kelas ekonomi (pergi-balik) Malaysia
        Airlines/Saudi Airlines*
    3. Pengangkutan pergi-balik dari Jeddah Airport-Madinah-Mekah
    4. Lawatan ke tempat-tempat bersejarah sekitar Madinah & Mekah
    5. Khidmat Mutawwif, Urusan Visa & Kursus Umrah percuma
    6. Beg, cenderahati dan Insurans Perjalanan (Etiqa Takaful Berkelompok)
  • Baucer Umrah Mekah Ramadhan 8 hari 7 malam (Full-board)
    1. Penginapan di Hotel Dhar Al-Ghaneim (quad-room basis) termasuk makan-minum
    2. Satu (1) tiket penerbangan kelas ekonomi (pergi-balik) Malaysia Airlines/Saudi Arabian Airlines*
    3. Pengangkutan pergi-balik dari Jeddah Airport-Madinah-Mekah
    4. Lawatan ke tempat-tempat bersejarah sekitar Madinah & Mekah
    5. Khidmat Mutawwif, Urusan Visa & Kursus Umrah percuma
    6. Beg, cenderahati dan Insurans Perjalanan (Etiqa Takaful Berkelompok)



Terma dan Syarat untuk Baucer Umrah:

  • Harga baucer adalah tertakluk kepada pindaan mengikut harga semasa

  • Baucer tiada tarikh luput, tetapi jika berlaku kenaikan harga semasa penebusan baucer caj tambahan akan dikenakan.

  • Baucer boleh dipindah milik

  • Setiap penebusan baucer hendaklah dibuat selewat-lewatnya satu (1) bulan dari tarikh penerbangan.

  • Syarikat penerbangan utama adalah Malaysia Airlines, Saudi Arabian Airlines atau Etihad Airways (tertakluk pada pindaan)

  • Sekiranya ahli ingin memulangkan/membatalkan baucer, pihak syarikat hanya akan memulangkan 70% dari harga jualan terdahulu.

ITINERARY

HARI 01 / 02 KLIA / Jeddah / Madinah
 

Berkumpul di KLIA 4 jam sebelum waktu berlepas di Aras 5, Kaunter A. Setibanya di Jeddah Jemaah akan disambut oleh wakil kami yang menunggu di lapangan terbang. Setelah urusan formaliti di lapangan terbang selesai, jemaah bertolak ke Madinah dengan menaiki bas, perjalanan mengambil masa sekitar 5 jam. Setelah sampai di Madinah, jemaah akan terus mendaftar masuk ke hotel selepas waktu Zohor pada jam 12.00 tengahari dan berehat (jemaah boleh ke masjid atau melakukan acara sendiri).

HARI 03 Madinah
 

Setelah sarapan pagi, jemaah akan dibawa menziarahi (bahagian dalaman) Masjid Nabawi seperti Makam Rasulullah, Khalifah Abu Bakar, Sayidinna Umar, Raudhah dan perkuburan Baqi’ (bagi lawatan wanita berasingan). Selepas Asar akan diadakan program jalan-jalan cari iman.

HARI 04 Madinah
  Setelah sarapan pagi, pada pukul 0700 pagi jemaah akan dibawa melawat (ziarah luar) kawasan di sekitar Madinah seperti Masjid Quba, Jabal-Uhud, Masjid Dua Kiblat, Medan Perang Khandak serta berbelanja di Pasar Tamar. Selepas Isyak, kuliah persediaan untuk memasuki ke kota Makkah.
HARI 05 Madinah / Makkah (Umrah bersama pembimbing)
 

Jemaah akan berangkat ke Makkah Al-Mukarramah pada pukul 10.00 pagi dengan berihram dan bermiqat di Bir Ali sebelum ke Makkah. Setibanya di Makkah, jemaah akan dibawa ke hotel untuk mendaftar masuk dan disusuli oleh pembimbing untuk menyempurnakan ibadah umrah yang pertama selepas Asar.

HARI 06 Makkah
 

Acara bebas. Jemaah boleh melakukan ibadah umrah dengan sendiri.

HARI 07 Makkah (Umrah bersama pembimbing)
  Pada pukul 0700 pagi jemaah akan dibawa melawat kawasan bersejarah di sekitar Makkah seperti Jabal Nur, Jabal Thur, Arafah, Muzdalifah, Mina dan akhirnya berniat umrah di Jaaranah.
HARI 08 Makkah
  Acara bebas. Jemaah boleh melakukan ibadah umrah dengan sendiri.
HARI 09 Makkah (Umrah bersama pembimbing)
 

Pada pukul 0700 pagi jemaah akan dibawa melawat ke Muzium Kaabah (tertakluk kepada kebenaran pihak berkuasa), ladang unta dan akhirnya berniat umrah di Hudaibiyah.

HARI 10-11 Makkah
  Acara bebas. Jemaah boleh melakukan ibadah umrah dengan sendiri.
HARI 12 Makkah / Jeddah / Kuala Lumpur
 

Selepas sembahyang Subuh, jemaah melakukan Tawaf Widaq (tawaf selamat tinggal) sebelum bertolak ke Jeddah untuk penerbangan balik ke Kuala Lumpur.

 

  1. Adakah Pakej Umrah Bijak ini boleh dihadiahkan kepada orang yang
    paling anda sayang? Itu sudah semestinya. Apa salahnya jika anda
    menghadiahkan Pakej Umrah ini kepada ibu atau ayah anda?
    Dengan hanya menabung untuk ibu atau ayah berjumlah RM200 sebulan,
    pasti ianya akan menjadi suatu hadiah yang paling bermakna buat orang
    yang telah membesarkan kita...

menabung umrah

  1. Pergilah Umrah sementara kita berpeluang untuk menerima jemputan
    Allah ini, segalanya telah dimudahkan, adakah kita masih mencari 1000
    alasan? Tepuk dada tanya iman :)

  2. Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara;
    KAYA sebelum Miskin
    MUDA sebelum Tua
    LAPANG sebelum Sempit
    SIHAT sebelum SAKIT
    HIDUP sebelum MATI...
     
  3. Ramai yang balik menunaikan Umrah, mendapat banyak manfaat, sebagai
    contoh: Mendapat cahaya mata yang telah sekian lama dinantikan, rezeki
    bertambah-tambah, perniagaan semakin maju, penyakit yang misteri juga
    telah sembuh dan berbagai-bagai lagi.....InsyaAllah apa jua doa anda
    bakal dimakbulkan oleh Allah s.w.t

 

daftar

 

 

Disclaimer:
Semua pembayaran hendaklah terus kedalam akaun Syarikat (TabungUmrah.com)
Syarikat tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang risiko jika pembayaran dibuat melalui pihak ke-3 atau orang tengah.
Slip pembayaran hendaklah disimpan sebagai bukti bayaran jika di perlukan nanti.

Syarikat akan menghantar penyata bayaran anda yang telah dikemaskini kealamat kediaman anda, secara berkala.